2 DVM KPD
Belajar di Bett Asia
Khadijah Hanum Binti Mohamad Nizam










What Caught My Attention
Perkara yang paling menarik perhatian saya harini ialah penciptaan robot yang menggunakan input AI untuk mengesan object yang berada di hadapannya menggunakan camera yang terdapat pada robot tersebut.
3 Things I Discovered
1. Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah kit robot dari Jepun yang digunakan untuk pembelajaran berasaskan STEM. Kit ini membantu pelajar belajar melalui aktiviti praktikal, jadi pembelajaran bukan sekadar teori tetapi lebih kepada mencuba, membina dan menyelesaikan masalah.
2. Saya juga tertarik dengan peluang pembelajaran yang ditawarkan oleh universiti antarabangsa seperti Cambridge dan universiti lain. Selain itu, terdapat booth yang memperkenalkan aplikasi “Athe”, iaitu aplikasi yang membantu pelajar mencari dan mendapatkan maklumat berkaitan universiti yang sesuai untuk mereka.
3. Satu lagi perkara yang menarik ialah peluang untuk berinteraksi dengan AI menggunakan mikrofon yang disambungkan kepada TV. Pada skrin tersebut terdapat paparan wanita AI yang boleh berkomunikasi dengan pengguna. Bagi saya, teknologi seperti ini menunjukkan bagaimana AI boleh digunakan untuk menjadikan pembelajaran lebih interaktif.
One Idea For KVKS
Saya ingin membawa idea pembelajaran menggunakan AI dan robot supaya pelajar dapat belajar secara lebih interaktif, praktikal dan menyeronokkan. Kaedah ini dapat membantu pelajar memahami pembelajaran dengan lebih mudah melalui aktiviti yang menarik dan melibatkan teknologi secara langsung. Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran teknologi dan lebih aktif dalam proses pembelajar
My Best Photo & The Story Behind It
Foto terbaik saya ialah ketika melihat teknologi AI berinteraksi dengan pengunjung kerana pengalaman itu menunjukkan cara teknologi boleh digunakan dalam pembelajaran.
Reflection
“Selepas menghadiri Bett Asia 2026, saya sedar bahawa teknologi dalam pendidikan sentiasa berkembang. Banyak idea baharu yang saya lihat boleh memberi inspirasi untuk menjadikan pembelajaran di KVKS lebih menarik, interaktif dan selari dengan perkembangan teknologi.”